Assalamualaikum yg disayangi para blogger sekalian...
waktu nie tiba~tiba terdetik untuk menulis tentang bertuahnya kita masih memiliki insan bergelar
IBU..MAK..MAMA..UMMI dsbg..
pernah tak kita terfikir hidup kita tanpa MAK
cubelah kita berfikir sejenak.............
coretan dari kehidupan aku....
aku pagi bile bgun pagi mak pasti da siapkan sarapan
pagi aku hanya makan saje dan kemas rumah
bile tiba tengahari mak aku pasti memasak tanpa aku suruh ataupom
tanpa aku sempat merungut
"Lapar la mak"
bile tibe time raye
"along bile nak pergi beli baju raya"
bile waktu pagi
"along bangun da subuh ni"
time akhir bulan
"along duit ade lagi tak"
time nak balik kolej
"ni ambik duit ni buat belanja"
bile nak balik kolej jugak
"ni mak masak tuk along bawak bekal"
bile time aku degil
mak bebel kadang~kadang sampai menitis air mata
bile time aku ade masalah
"mak kawan along kan........"
cter kat mak macam~macam sampai kita rasa lega
bile time aku sakit
"along g la makan ubat"
tapi itula kadang~kadang aku mengaku anak~anak macam aku ni tak pernah nak hargai kehadiran insan bergelar mak..
aku sendiri tak sedar ada tindak tanduk kita sebagai anak yg mengguris hati mereka
namun mereka tak pernah merungut paling tidak pom mereka hanya menangis didalam hati..
tiada siapa pom yg tahu..
inilah kekuatan insan yg bergelar mak
mereka takkan menitiskan air mata didepan anak~anak mereka
begitula mulianya seorang mak..
coretan ini tidak bermakna kita tak perlu menghargai jasa nsan bergelar " ABAH "
mereka adalah harta kita..
igt la tanpa MAK & ABAH siapalah kita ni....
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”
0 comments:
Post a Comment