~Leave ur link here my Dear n foLLow ~

~mAse itu eMaS~

Saturday, March 12, 2011

tanpamu

Assalamualaikum yg disayangi para blogger sekalian...

waktu nie tiba~tiba terdetik untuk menulis tentang bertuahnya kita masih memiliki insan bergelar 

 IBU..MAK..MAMA..UMMI dsbg..

pernah tak kita terfikir hidup kita tanpa MAK

cubelah kita berfikir sejenak.............

coretan dari kehidupan aku....



aku pagi bile bgun pagi mak pasti da siapkan sarapan
pagi aku hanya makan saje dan kemas rumah

kalau la mak takde sapa nak layan aku sebaek mak
sape yg sanggup bgn bt sarapan untuk aku

bile tiba tengahari mak aku pasti memasak tanpa aku suruh ataupom 
tanpa aku sempat merungut
"Lapar la mak"

kalau mak takde
bole ke aku masak sedap seperti mak aku
bole ke aku masak pelbagai jenis lauk tanpa merungut penat
sedangkan aku kadang~kadang datang kacau yg da sedia ade dalam kuali
teruk lagi aku tgok tv mak pulak sibuk kat dapur

bile tibe time raye 
"along bile nak pergi beli baju raya"

kalau mak takde
ade ke org yg nak tanya aku camtu
ade ke org yg nak teman aku pergi beli baju same~same

bile waktu pagi
"along bangun da subuh ni"

kalau mak takde
ade ke yg sanggup kejut dgn penuh sabar dan berulang kali walaupom aku maseh tak bgn~bgn

time akhir bulan
"along duit ade lagi tak"

kalau la mak takde
ade ke org nak tanya aku pasal duit

time nak balik kolej
"ni ambik duit ni buat belanja"

kalau la mak takde
sapa nak bagi duit kat aku

bile nak balik kolej jugak
"ni mak masak tuk along bawak bekal"

kalau la mak takde
sapa yg sanggup masak tuk aku bawa bekal di usia 22 tahun nie
cube bagi tau

bile time aku degil 
mak bebel kadang~kadang sampai menitis air mata

kalau la mak takde
sape yg nak bebelkan aku bile aku buat salah
sapa yg tegur lagi

bile time aku ade masalah
"mak kawan along kan........"
cter kat mak macam~macam sampai kita rasa lega

kalau la mak takde
sape tempat aku nak bercerita
bukan semua org sudi dgr luahan hati kita

bile time aku sakit
"along g la makan ubat"

kalau la mak takde
sapa lagi yg nak suruh aku macam tu
paling tidak pom macam ni
"da tau sakit g la mkn ubt"

tapi itula kadang~kadang aku mengaku anak~anak macam aku ni tak pernah nak hargai kehadiran insan bergelar mak..

aku sendiri tak sedar ada tindak tanduk kita sebagai anak yg mengguris hati mereka
namun mereka tak pernah merungut paling tidak pom mereka hanya menangis didalam hati..
tiada siapa pom yg tahu..

inilah kekuatan insan yg bergelar mak
mereka takkan menitiskan air mata didepan anak~anak mereka

begitula mulianya seorang mak..

coretan ini tidak bermakna kita tak perlu menghargai jasa nsan bergelar " ABAH "

mereka adalah harta kita..

igt la tanpa MAK & ABAH siapalah kita ni....

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]


Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya:Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jahimah menjawab:Ya.

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”





(^_^) pabiLa Sang Ratu bercerita (^_^)

0 comments: